Tips Sihat semasa Ramadan.

Dah dekat Ramadan ni, ramailah yang nak carik tips sihat di bulan Ramadan , menu sihat lah, macam mana nak workout dan kurus di bulan Ramadan lah. Dan macam-macam lagi.

Jadi, hari ni Coach Nak kongsi tips untuk sihat sepanjang Ramadan.

Tips Sihat semasa Ramadan.

  1. Ketahui Jumlah Kalori yang tubuh kita perlukan untuk sehari. Sama ada semasa SAHUR dan BERBUKA.
  2. Kalau nafsu nak ke Bazar Ramadan tu tak tertahan, amalkan tips sehari satu “Stall” semasa berkunjung ke sana. Mudahkan? Tak payah nak jelajah semua stall. Macam ziarah raya pulak. Hehe
  3. Jangan terburu-buru membeli makanan untuk berbuka. Ambil masa berfikir untuk beli apa yang perlu sahaja. Dahulukan Keperluan, kemudiankan Kehendak.
  4. Kawal perbelanjaan sepanjang bulan Ramadan. Boleh simpan duit beli barang untuk persediaan menjelang Syawal nanti. Sehari RM10. Selepas 30 hari dapat dah RM300.
  5. Kawal pengambilan Kuih-kuih dan Kek. Minimum 2 potong sahaja. Bulan puasa ni, nafsu kita je kuat. Nak beli macam-macam. Bila berbuka, makan sikit je, membazir tu banyak.
  6. Kurangkan pengambilan gula dan perasa dalam makanan dan minuman anda sepanjang berpuasa. InsyaAllah akan bantu anda untuk biasakan “Healthy Habit”.


BONUS tips di atas ialah ANDA KURUS ❤️

Tekan butang SHARE sekiranya bermanfaat.

-Coach RazAin-
Bentuk Healthy Habit dalam 30 hari.

http://coachrazain.wasap.my

Healthy Food , Healthy Lifestyle

Minggu lepas kitorang buat “Healthy Pack Food”. Dah nama pun “Healthy”, kitorang hanya menggunakan bahan-bahan yang memang sihat.

7cf7cbd7-ca30-4b3e-8dec-a4c57780c35d
 Grilled Curry Chicken

Menu hari pertama ialah “Curry Chicken Grilled with Brown Rice”.

Menu hari kedua pula ialah “Spagetti dan Chajun Chicken”

d51b8efc-3ec7-46d3-a570-6bb243746b6e
 Soaghetti Aglio Olio with Cajun Chicken

Sebelum ni fikir yang spagetti ni bukan makanan orang yang sedang nak berdiet. Tetapi…

Rupanya Spagetti ni mempunyai serat yang tinggi seperti nasi perang dan roti wholegrain. Ia membantu pengawalan gula dalam darah jika di ambil dalam kuantiti yang disarankan. Malah, Nasi beras perang dapat merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.

Korang kena ingat yang pengambilan tidak terkawal tidak akan membantu anda untuk menurunkan berat badan dan dalam penjagaan kesihatan.

Yang nak diet je ke boleh makan ni? Eh tak la. Nama pun healthy Food. Semua orang boleh ambil dan amalkan.

Korang tahu tak bagaimana nak memastikan yang makanan yang kita makan tu sihat atau tidak?

1. Makanan sihat perlu mengandung komposisi gizi yang seimbang. Karbohidrat, protein dan lemak semuanya harus seimbang dengan lainnya. Kami memastikan makanan yang kami buat mengandungi gizi seimbang.

2. Kandungan serat yang cukup juga perlu di ambil kira. Dan makanan yang mengandungi serat tinggi ialah sayuran dan buah-buahan. Untuk sayuran kita boleh masak dengan cara kukus. Haaa, sayuran kami menepati portion yang sesuai untuk anda yang sedang berdiet dan “eat clean”.

3. Makanan yang matang dan cukup masak. Bagi sebahagian orang , mereka mengatakan bahawa makanan mentah itu nikmat. Tapi makanan mentah terdedah terhadap kuman. Sehingga mengalami gangguan kesihatan disebabkan oleh virus atau bakteria dari makanan tersebut. Cara nak sediakan makanan, kami amat menitik beratkan perihal kebersihan. InsyaAllah selamat dan sihat untuk di makan.

4. Tidak Mengandungi Bahan Perasa atau MSG. Makanan yang mengandung MSG memang nikmat kerana mampu menyedapkan masakan. MSG biasanya terkandung di makanan yang telah di proses termasuk makanan ringan. Paling bahaya, makanan ber-MSG jangka panjang dapat meningkatkan risiko kanser. Kami tak gunakan MSG dalam masakan. Kami tak gunakan gula putih tetapi gula perang dan hanya dalam kuantiti yang sedikit dan rendah kalori.

5. Sedikit kandungan garam. Makanan dengan kandungan garam yang banyak dapat meningkatkan risiko tekanan darah tinggi. Garam yang kami gunakan adalah rendah kalori dan garam bukit.

6. Sedikit minyak ketika menggoreng. Kami menggunakan minyak Zaitun dan hanya menggunakan sedikit sahaja. Kena hati-hati terhadap makanan dengan menggunakan minyak suhu tinggi kerana dapat meningkatkan kerosakan pada gizi alaminya.

7. Sedikit bahan pengawet. Makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet boleh menyumbang kepada banyak penyakit. Itulah sebabnya makanan jenis ini bukan termasuk makanan sihat. Dan kami tidak menggunakan bahan yang telah diproses untuk membuat “Healthy Food” ni.

Ciri-ciri makanan sihat yang lainnya adalah makanan yang mengandung vitamin, air, mineral, makanan yang tidak terlalu pedas, dan mudah dicerna.

Jadi, dah tahu kenapa kita perlu amalkan “Healthy Lifestyle”?

-Coach RazAin-

http://coachrazain.wasap.my/

5 Cara Untuk Makan Dessert Dengan Cara Sihat

Anda penggemar manisan? Manisan memang selalu menggoda para manusia yang sedang diet. Selalunya tengah elok-elok diet, tapi bila manusia sejenis ‘dessert-lover’ ni jumpa manisan, habis diet kelaut dalam!

Jadi hari ni kami kongsikan pengganti manisan yang sesuai jika anda sedang berdiet, tapi craving nak makan juga!

Krediti foto :Rasa.com

1 . GANTIKAN MANISAN DENGAN BUAH

Buah-buahan adalah manisan semula jadi yang boleh mengurangkan rasa craving atau nafsu makan manisan. Ianya mempunyai gula semulajadi dan kaya dengan vitamin dan nutrien yang baik untuk kita. Jadi makanlah buah! 

Tapi kalau nak betul kurus dengan cepat, kalori tetap kena jaga. Contoh -Sebiji epal kalorinya 80kal. Seulas durian pula kalorinya 50kal. Kalau terlebih kalori, tetap akan ganggu berat badan. Cumanya, kalau makan buah ni, terlebih taklah rasa serba salah sangat.

5 Tips Mudah Mengawal Nafsu Makan

Mengawal nafsu makan ni antara cabaran utama bagi semua yang sedang diet. Kadang-kadang kita kalah, kadang-kadang kita menang. Tapi selalunya kalah..

Kami sendiri pernah melalui cabaran melawan nafsu makan ni. Setelah berusaha berperang dengan nafsu makan ni. Setelah berusaha berperang dengan nafsu makan ni secara berterusan, kami jumpa beberapa trick dan cara untuk mengawalnya.

Kami akan kongsikan tips ini dengan anda, semoga memberi manfaat yang banyak dan berguna untuk anda!


PILIH MAKANAN SEIMBANG DAN BERNUTRISI

Memilih makan sihat dan seimbang akan mengurangkan rasa craving dan ‘teringin’ makan makanan kurang sihat. Bila kita bagi badan kita makanan seimbang, badan akan rasa puas dan kenyang.

SENTIASA MAKAN ON-TIME

Elakkan makan lambat. Jika anda jaga masa, sentiasa makan on time, anda tak sempat rasa terlalu lapar. Jadi lebih mudah untuk anda kawal nafsu makan.

PASTIKAN ANDA SENTIASA KENYANG

3 Jam selepas waktu makan berat, pastikan anda ambil snacking yang sihat seperti buah-buahan, kekacang atau roti gandum. Ini bagi mengelakkan anda terlalu lapar. Contoh, 3 jam selepas sarapan pagi, ambil snacking sihat supaya lunch nanti tak terlalu lapar!

AIR KOSONG YANG CUKUP

Pastikan anda minum air kosong sebanyak 3Liter setiap hari. Elakkan dari agak-agak je, ukur betul betul berapa Liter anda minum setiap hari. Bila tak cukup air, respon badan rasa macam nak makan tapi sebenarnya kita haus. Jadi pastikan air cukup ya.

BERFIKIR SEBELUM MAKAN

Sebelum makan, fikir dulu, kenapa nak makan tu? Betul-betul lapar atau saja-saja nak kunyah-kunyah je. Adakah makanan yang anda pilih tu bantu anda kurus atau hanya akan mengganggu diet anda. Jadi, buatlah pilihan bijak.

Setiap makanan yang anda masukkan ke dalam mulut anda, ada kesannya. Tapi pilihan untuk menerima kesan yang baik atau tidak baik untuk pilihan anda.

Simple je kan tips ni? Tapi nak buat tu yang susah sebenarnya. Jadi kuat semangat dan kekal komited dengan goal anda! Semoga perjalanan anda untuk turunkan berat badan dipermudahkan!